"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amang seksual: Inspektor polis ditahan kerja

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, tempoh tahan reman pegawai lelaki berusia 29 tahun itu tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

"Suspek dalam proses tindakan tahan kerja dan surat tahan kerja akan diedar selepas mendapat arahan daripada Bukit Aman.

"Tindakan tahan kerja akan dikenakan sehingga keputusan kes di mahkamah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Kumar sebelum ini dilapor berkata, pegawai polis tersebut ditahan pada 22 April, selepas laporan polis dibuat mangsa pada hari sama kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, dalam kes berlainan Kumar memaklumkan dua anggota polis yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini yang terlibat dengan dua kes pemerasan wang, telah ditahan kerja.

Pada 5 April lalu, dua anggota polis yang bertugas di BSI ditahan kerana dikatakan melakukan pemerasan dengan meminta RM2,000 daripada orang awam yang tidak mahu dikenakan tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kedua-dua anggota tersebut turut ditahan pada 19 April lalu atas perbuatan sama terhadap mangsa berusia 50 tahun.

Tiada ulasan: