"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesara tentera ditemukan maut dalam semak

Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
Lokasi seorang lelaki ditemukan meninggal dunia ketika mengayuh basikal, di dalam semak tepi jalan Kampung Lembaga, RPT Kesedar Sungai Terah di sini, semalam. FOTO IHSAN PDRM
Lokasi seorang lelaki ditemukan meninggal dunia ketika mengayuh basikal, di dalam semak tepi jalan Kampung Lembaga, RPT Kesedar Sungai Terah di sini, semalam. FOTO IHSAN PDRM
Gua Musang: Seorang pesara tentera yang keluar mengayuh basikal ditemukan meninggal dunia di dalam semak tepi jalan Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, mangsa,

Wan Yusof Wan Jaafar, 48, ditemukan meninggalkan dunia oleh rakannya kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah kira-kira jam 8 pagi untuk mengayuh basikal bagi tujuan beriadah.

"Namun apabila mangsa tidak pulang pada waktu yang sepatutnya, isterinya cuba menghubunginya tetapi gagal. Isteri mangsa meminta bantuan daripada rakan-rakan mangsa untuk mencari mangsa.

"Kira-kira jam 2.30 petang, isteri mangsa dimaklumkan bahawa mangsa dijumpai di kawasan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki sudah meninggal dunia

"Siasatan di tempat kejadian oleh pihak polis dan saksi tiada unsur jenayah ke atas mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Hasil proses bedah siasat sebab kematian mangsa ialah 'Coronary Artery Disease'.

"Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemukan terhadap kematian mangsa," katanya.

Tiada ulasan: