"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?

Nurul Hidayah Bahaudin
bhnews@bh.com.my
Sebahagian daripada sembilan paku yang dipercayai sengaja ditanam di bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang. - Foto Ihsan X syahmi_paan
Sebahagian daripada sembilan paku yang dipercayai sengaja ditanam di bahu jalan di Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, Rawang. - Foto Ihsan X syahmi_paan
RAWANG: Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.

"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.

"Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.

"Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: