"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Objek misteri terbang di langit waktu malam

KOSMO!
OBJEK terbang misteri yang dirakam oleh pengguna laman X dibarat daya AS dan Eropah Timur kelmarin. - Foto X
WASHINGTON – Penduduk yang tinggal di barat daya Amerika Syarikat (AS) hingga ke rantau Scandinavia dan Eropah Timur menyiarkan rakaman video cahaya misteri dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar New York Post.

Mereka melihat ia meluncur dalam keadaan melingkar di langit pada malam kelmarin.

“Langit benar-benar cerah dan saya melihat cahaya putih yang sangat kabur (tiada cahaya lampu seperti kapal terbang) datang terus ke arah saya secara mendatar.

“Ia kemudian terus (bergerak) ke atas dan hilang,” kata netizen di platform X berserta rakaman video objek tersebut.

“Tolong beritahu saya bahawa ini bukannya UFO,” kata netizen lain.

Satu lagi rakaman video objek ganjil tersebut menunjukkan sebuah UFO terbang di atas pokok palma di California Selatan, AS.

Seorang penduduk Canoga Park di bandar raya Los Angeles turut menyiarkan rakaman video itu.

Dalam pada itu di Finland, seorang pengguna media sosial Reddit menyiarkan gambar objek yang kelihatan terang pada waktu senja.

“Tidak tahu apakah benda itu,” katanya.

Bagaimanapun, laman Space.com mungkin boleh merungkai misteri itu apabila ia melaporkan terdapat dua pelancaran roket SpaceX, Falcon 9 di pantai timur dan pantai barat AS kelmarin. – AGENSI

Tiada ulasan: