"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis cari lelaki dalam video viral ceroboh rumah wanita, curi dua telefon bimbit

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my
Tangkap layar rakaman CCTV ketika seorang lelaki menceroboh rumah seorang wanita dan mencuri dua telefon bimbit dalam kejadian di Damansara Damai, kelmarin. - Foto Polis
Tangkap layar rakaman CCTV ketika seorang lelaki menceroboh rumah seorang wanita dan mencuri dua telefon bimbit dalam kejadian di Damansara Damai, kelmarin. - Foto Polis
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menceroboh sebuah unit kediaman di Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, seperti yang tular menerusi rakaman video di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati rakaman berdurasi seminit 22 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok.

Semakan mendapati pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.01 pagi, kelmarin.

"Pengadu memaklumkan selepas bangun daripada tidur kira-kira jam 7 pagi, dia mendapati pintu hadapan rumahnya dalam keadaan terbuka.

"Selepas membuat pemeriksaan, mangsa mendapati dua telefon bimbitnya hilang. Mangsa dianggarkan mengalami kerugian RM500," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, pengadu mendapati seorang lelaki menceroboh masuk ke rumahnya kira-kira jam 3.29 pagi ketika dia sedang tidur di dalam rumah.

"Pihak polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditalian 03-79662222," katanya.

Tiada ulasan: