"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua lelaki warga asing empat lari 70 meter sahaja

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular di aplikasi X menunjukkan warga asing yang lari daripada pemeriksaan hingga dikejar MPV polis.
TANGKAP layar video tular di aplikasi X menunjukkan warga asing yang lari daripada pemeriksaan hingga dikejar MPV polis.
Klang: Panik dengan kehadiran polis, dua lelaki warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan di Jalan Pasar Malam, Meru di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari, kedua-dua lelaki berusia 30-an terbabit bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira 70 meter dari lokasi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika unit peronda (MPV) bertugas menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

"Pasukan terserempak motosikal jenis Yamaha Y15 yang dinaiki dua lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasar Malam dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan peronda menghampiri dua lelaki itu dan mengarahkan menghentikan motosikal namun mereka melarikan diri. Anggota kemudian mengejar dan berjaya menahan motosikal mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap kedua lelaki itu mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan sah dan tidak membawa barang menyalahi undang-undang.

Namun, katanya, penunggang didapati tidak mempunyai lesen memandu dan polis mengeluarkan saman atas kesalahan itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 45 saat yang menunjukkan anggota polis mengejar penunggang motosikal tular di aplikasi X.

Tiada ulasan: