"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada petanda Salah tinggalkan Anfield

AFP

Liverpool: Liverpool menjangkakan Mohamed Salah kekal di Anfield untuk melengkapkan baki kontrak setahunnya, menurut laporan awal pagi tadi.

Sky Sports dan The Athletic melaporkan Salah, 31, tidak memberikan sebarang petanda dia mahu meninggalkan Liverpool yang turut tidak berhasrat menjual pemain itu.

Bintang Mesir itu terbabit pertelagahan tepi padang dengan pengurus Jurgen Klopp ketika bersiap sedia masuk sebagai pemain gantian ketika seri 2-2 di West Ham.

Bercakap selepas perlawanan, Salah berkata: "Akan ada api jika saya bercakap hari ini."

Liverpool menolak tawaran Liga Pro Saudi pada awal musim termasuk bidaan £150 juta (RM898 juta) daripada Al Ittihad.

Namun, Klopp akan meninggalkan kelab pada penghujung musim sekali gus mencetuskan spekulasi perpindahan dalam kalangan beberapa pemain seniornya.

Salah menjaringkan 24 gol musim ini tetapi prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan pada Piala Negara-Negara Afrika Januari lalu.

Seiring dengan kemarau gol Salah, Liverpool juga berdepan kemerosotan menjelang penamat musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain impian meraih gelaran EPL musnah, mereka juga tersingkir daripada Liga Europa dan Piala FA.

Salah kini hanya berbaki 12 bulan daripada kontrak tiga tahun ditandatangani dengan bayaran £18 juta (RM107 juta) setahun pada 2022.
- hmetro 

Tiada ulasan: