"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat dakwaan pusat keagamaan lakukan aktiviti mencurigakan

Bernama

SEREMBAN: Polis menjalankan siasatan terperinci susulan aduan yang mendakwa terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu Jumat lalu.

“Justeru, kami menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak memuat naik atau membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan seorang individu berkaitan sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai didakwa melakukan aktiviti bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara.

Tiada ulasan: