"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan 28 lelaki merusuh, rosak kereta

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
Tangkap layar kejadian memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth
Tangkap layar kejadian memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth
Butterworth: Polis menahan 28 lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian rusuhan bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, di sini, yang tular di media sosial, semalam.

Tangkapan kesemua suspek berusia 17 hingga 51 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi di daerah Seberang Perai Utara (SPU), hari ini.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, polis melancarkan serbuan selepas menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

"Oleh itu, polis mengesan kesemua mereka dan berjaya menahan 28 lelaki yang kemudian direman untuk siasatan lanjut.

"Polis turut merampas barang kes yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, usaha mengesan saki baki suspek lain giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat.

Terdahulu, tular video pendek berdurasi empat saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis.

Tiada ulasan: