"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papagomo ditahan, aibkan Agong

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan pempengaruh politik, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kenyataannya yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Kenyataan dibuat lelaki berkenaan menerusi satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat yang memaparkan kenyataan individu terbabit berhubung isu KK Mart dan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Selain itu, dalam video terbabit turut membuat tuduhan menyatakan Sultan Ibrahim yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan berkenaan.

"Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang diterima berkaitan video berkenaan.

"Individu berkenaan ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, permohonan reman terhadap individu terbabit kini sedang dipohon.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKM 1998," katanya.

Tiada ulasan: