"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ratu cantik mati ditembak

AGENSI
Rakaman tular menunjukkan bekas ratu cantik di Ecuador ditembak. - Foto Agensihah
Rakaman tular menunjukkan bekas ratu cantik di Ecuador ditembak. - Foto Agensihah
QUITO: Menggemparkan apabila rakaman tular menunjukkan bekas ratu cantik di Ecuador, ditembak mati dalam sebuah restoran yang sibuk pada siang hari, baru-baru ini.

Mirror UK melaporkan, Landy Parraga Goyburo, yang sebelum ini bersaing untuk merebut gelaran Miss Ecuador menjadi sasaran penembak ketika dia berdiri dan bercakap dengan pasangannya.

Pasangan berkenaan dikatakan menikmati sarapan di pusat beli-belah La Quadra, di El Guayacan dekat Quevedo, ketika kejadian pada pagi Ahad.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menyelinap masuk ke tempat kejadian sebelum seorang menyerbu pasangan itu.
LANDY Parraga Goyburo. FOTO Agensi
LANDY Parraga Goyburo. FOTO Agensi
Parraga, 23, tunduk manakala lelaki yang bersamanya, berlindung di sebelahnya.

Salah seorang lelaki bersenjata bertopeng mengacukan pistol ke arah pasangan itu sebelum melepaskan tembakan.

Bekas peserta ratu cantik itu kelihatan ditembak beberapa kali sebelum penyerang melarikan diri.

Imej menunjukkan mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah, lapor The Sun.

Ketika ini, belum jelas sama ada pasangannya terselamat dalam kejadian itu.

Polis kini dalam usaha untuk mengesan penyerang.

Parraga mewakili Wilayah Los RĂ­os sebagai peserta Miss Ecuador pada 2022 dan mempunyai lebih sejuta pengikut di seluruh akaun media sosialnya.

Namanya disebut dalam perbualan yang didedahkan kepada umum oleh Pejabat Peguam Negara pada Disember 202.

Namanya dipetik dalam perbualan itu oleh individu yang mempunyai kaitan dengan kes jenayah terancang.

Tiada ulasan: