"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi penjawat awam khianat: SPRM reman enam wanita yang buat tuntutan palsu

Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Sebahagian daripada enam suspek penjawat awam direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah, mengemuka tuntutan palsu pada 2020. - Foto  BH/Meor Riduwan Meor Ahmad
Sebahagian daripada enam suspek penjawat awam direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah, mengemuka tuntutan palsu pada 2020. - Foto BH/Meor Riduwan Meor Ahmad
MELAKA: Enam kakitangan sebuah jabatan kerajaan di Melaka direman empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemuka tuntutan palsu berkaitan gaji pekerja MySTEP berjumlah RM13,586, empat tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam bermula hari ini hingga Ahad, selepas permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, semua suspek berusia 42 hingga 57 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini pada jam 8.30 pagi.

Menurut sumber semua suspek ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berhubung mengemuka dokumen yang mempunyai butiran matan palsu, iaitu dokumen Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Rekod Kemajuan Kerja Harian Pembanci berjumlah keseluruhan RM13,586 kepada Unit Kewangan di jabatan kerajaan terbabit pada tahun 2020, bagi tujuan tuntutan bayaran sedangkan pekerja Personel MySTEP tidak bekerja di jabatan itu.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Melaka di antara jam 2 hingga 4 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek dan memaklumkan siasatan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: