"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lapah kucing: Persatuan tawar ganjaran RM3,000 untuk maklumat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM3,000 untuk sebarang maklumat mengenai seorang lelaki yang didakwa melapah kucing dalam satu video, baru-baru ini.

Dalam catatan laman Facebook, persatuan itu berkata wang ganjaran ditawarkan untuk maklumat yang boleh diajukan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.

“Satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan kucing ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kaedah mematikan kucing dan niat mematikan kucing, sama ada ia bertujuan untuk dijadikan makanan atau bertujuan suka-suka.

“Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan kandungan media sosial, pelaku perlu ditangkap, disiasat secara menyeluruh, seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan,” menurut hantaran itu.

Persatuan berkenaan berkata maklumat boleh disalurkan kepada Persatuan Haiwan Malaysia melalui WhatsApp 014-6345464.

Persatuan itu turut menegaskan bahawa secara moral, perbuatan membunuh kucing untuk tujuan makanan juga bukanlah budaya normal masyarakat Malaysia dan tidak boleh dinormalisasikan.

Dalam video 48 saat diterima persatuan itu baru-baru ini, lelaki berkenaan dilihat bercakap Bahasa Melayu tetapi dengan pelat warga asing sambil melapah kucing.

Pada masa ini, FMT tidak dapat mengesahkan bila atau di mana video itu dirakam.

Tiada ulasan: