"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Atlet bina badan berusia 28 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my
Suharwardi Dahlan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.- Foto Ihsan FB Persatuan Bina Badan Bahagian Miri
Persatuan Bina Badan Bahagian Miri
Suharwardi Dahlan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung.- Foto Ihsan FB Persatuan Bina Badan Bahagian Miri
KUCHING: Ahli bina badan Miri, Suharwardi Dahlan, meninggal dunia di kediamannya awal pagi Isnin lalu.

Allahyarham meninggal dunia sehari selepas beliau membantu pasukan Miri mengungguli Kejohanan Bina Badan Sarawak Ke-58, di Sibu.

Suharwardi yang juga anggota polis berpangkat Koperal disahkan meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat daripada komplikasi jantung.

Sumber berkata, Allahyarham tidak sedarkan diri di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri pada jam 3 pagi.

Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Persatuan Bina Badan Miri dalam catatan di laman sosial Facebook berkata, mereka kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan bina badan.

Tiada ulasan: