"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makan durian boleh tenangkan fikiran, elak makan bersama paracetamol dan alkohol

ZUBAIDAH IBRAHIM

PETALING JAYA – Ramai yang tidak mengetahui bahawa raja buah, durian mengandungi bahan penenang fikiran sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Saintis Utama di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi menerangkan kelebihan buah durian.

“Durian kaya dengan trypthophan yang mana bahan ini boleh membantu menenangkan fikiran.

“Selain itu, bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.

“Durian juga merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur,” kongsinya yang juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI.

Tambah beliau, ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh meningkatkan denyutan jantung menjadikan raja buah itu perlu dimakan ikut kadarnya.

Jelas Suri, buah durian kaya potassium, maka pesakit buah pinggang tidak boleh makan berlebihan.

“Elak juga makan durian bersama paracetamol atau alkohol kerana mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu kajian lanjut. Justeru, makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pesakit kencing manis agar tidak makan durian secara berlebihan.

Bagi setiap 100 gram (g) durian bersamaan 147 kalori manakala 100g nasi bersamaan 151 kalori.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: