"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pencuri kabel maut terjatuh bangunan tingkat 23

TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI

KAJANG – Seorang lelaki menemui ajal setelah tergelincir dan terjatuh bangunan tingkat 23 manakala rakannya berjaya ditahan semasa mencuri kabel di sebuah apartmen di Kajang Utama, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 8.20 pagi.

Katanya, seorang suspek berjaya ditahan pengawal keselamatan apartmen namun seorang lagi maut akibat tergelincir jatuh ke tingkat empat.

“Seorang suspek maut di tempat kejadian dipercayai telah terjatuh dari tingkat 23 bangunan ketika cuba bersembunyi dan melarikan diri.

“Suspek dipercayai melompat ke aras lain melalui balkoni, namun tergelincir dan terjatuh ke tingkat empat bangunan.

“Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, salah seorang suspek berusia 31 tahun ditangkap bersama enam gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan memotong wayar kabel.

“Suspek yang ditahan ini mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta hasil saringan ujian air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek berusia 29 tahun yang maut juga dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Tambah beliau, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: