"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menantu YB Pas didakwa guna duit derma lariskan produk sendiri

SITI NUR ZAWANI

Menantu kepada seorang Ahli Parlimen Pas didakwa terlibat dalam sindiket mengutip derma orang ramai untuk menjalankan perniagaan miliknya sendiri.

Menerusi pendedahan laman Facebook Scam No One iaitu kumpulan yang aktif mendedahkan sindiket penipuan (scammer), ia mendakwa penipuan dilakukan menggunakan sebuah platform kutipan derma, iaitu Jom Donate.

Jom Donate didakwa tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma dari orang ramai.

Pemegang saham terbesar di Jom Donate dikatakan seorang CEO jam buruj, yang juga pemilik dan pengedar kurma jenama The Haramain.

Hasil semakan Harapan Daily mendapati pemilik kurma The Haramain adalah Mohamad Basri Ibrahim, individu sama yang didenda mahkamah bulan lepas atas dua pertuduhan memiliki 703 jam azan tanpa perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengendali laman Scam No One mendakwa, individu tersebut menggunakan taktik mengutip dana, dengan wang tersebut digunakan semula untuk membeli produknya sendiri, kurma The Haramain.

Harapan Daily tidak dapat mengakses laman sesawang kurma The Haramain dipercayai telah disekat. Yang terpampang hanyalah notis “this account has been suspended”.

Selain itu turut didedahkan, Jom Donate menawarkan 20 peratus daripada derma orang ramai kepada pempengaruh yang terlibat dengan kempen mereka.

Contoh kempen yang mereka jalankan adalah projek infaq kurma.

“Ustaz Basri merupakan pemilik dan pengedar kurma jenama The Haramain. Alamat The Haramain sama seperti alamat Jom Donate. Basri juga pemegang saham terbesar Jom Donate.

“Rupanya, tawaran komisyen 20 peratus oleh Jom Donate kepada pempengaruh untuk kutip derma bukan sahaja bertujuan menarik perhatian awam, malah Basri ada muslihat untuk melariskan produk.

“Hairan juga, kenapa infaq kurma boleh mencecah RM100 ribu? Lagi menghairankan, kenapa infaq hanya kepada jenama  The Haramain?

“Maknanya, kutipan derma infaq kurma oleh pempengaruh merupakan jualan bagi Basri. Akhirnya duit kembali kepada kepada Basri untuk membeli kurma The Haramain,” dedah laman Facebook tersebut.

Sehingga kini pendedahan dibuat laman Facebook tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial dan mencetuskan lebih banyak tanda tanya.

Tiada ulasan: