"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pensyarah, suri rumah ditahan Sosma kerana ancam Agong, PM

B Nantha Kumar

Seramai lapan warga Malaysia termasuk seorang bekas pensyarah universiti tempatan yang disyaki terkait dengan elemen radikalisme Daesh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan penahanan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat pada 22 dan 23 Jun lalu dalam satu operasi serentak di empat negeri.

"Kesemua suspek ditahan berpandukan kepada peruntukan undang-undang iaitu Bab VIA – Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan [Akta 574] dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Siasatan awal polis terhadap kesemua suspek turut mendapati bahawa wujud ancaman terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang kenamaan dan pimpinan tertinggi Polis DiRaja Malaysia.

"Selain itu, terdapat kepelbagaian latar belakang pekerjaan dan status ekonomi kelapan-lapan suspek seperti penganggur, suri rumah dan golongan profesional terpelajar," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, tangkapan lapan suspek itu adalah susulan daripada operasi sebelumnya pada 15, 17 dan 30 Mei lalu.

Tiada ulasan: