"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dihendap singa ketika sesat 10 hari dalam hutan

KOSMO
McClish dipeluk oleh ahli keluarganya selepas dia ditemui oleh anggota penyelamat. - SLV Steve
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang pendaki yang hilang selama 10 hari di sebuah kawasan pergunungan di California ditemui selamat selepas bertahan tanpa air dan dihendap oleh singa.

Akhbar Metro UK melaporkan, Lukas McClish, 34, mendaki di Taman Negeri Big Basin Redwoods dua minggu lalu sebelum ditemui oleh anggota penyelamat.

Menurutnya, dia tidak memberitahu sesiapa pun mengenai keberadaannya pada hari pendakian dan hanya membawa beberapa bekalan seperti lampu suluh, gunting dan beberapa peralatan.

Dia menghabiskan masa selama 10 hari dalam hutan dengan keadaan tidak berbaju, minum air dari anak sungai, memakan beri liar dan tidur di atas daun basah.

McClish juga tidak menyangka bahawa dia boleh sesat di hutan tersebut kerana sering mendaki seorang diri sebelum ini.

Namun, keluarganya mula berasa risau selepas McClish tidak muncul pada sambutan Hari Bapa, lantas mereka membuat laporan polis.

Usaha mencari dan menyelamat dilancarkan dengan melibatkan hampir 300 orang dan anggota kecemasan daripada pelbagai agensi.

Akhirnya pada 20 Jun lalu, McClish ditemui pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) selepas jeritannya meminta tolong didengari oleh anggota penyelamat. – AGENSI

Tiada ulasan: