"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 lelaki direman kes gaduh, jumpa pergelangan tangan di atas jalan

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
bhnews@bh.com.my

IPOH: Enam lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes gaduh hingga mengakibatkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki di Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, di sini, semalam.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Jumaat ini, dibenarkan Majistret Adilah Mokhtar ketika semuanya yang berusia 23 hingga 37 tahun dibawa ke perkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini.

Tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.

Ia susulan insiden tiga lelaki warga tempatan parah diserang kira-kira 20 individu bertopeng yang bersenjatakan parang serta kayu pada kejadian jam 11.03 pagi semalam.

Keenam-enamnya tiba di perkarangan bangunan mahkamah menaiki trak polis dengan berbaju biasa jam 11.29 pagi tadi sebelum keluar daripada kamar mahkamah, jam 12.20 tengah hari.

Pada kejadian itu, pergelangan tangan manusia ditemui di lokasi pergaduhan oleh anggota bomba yang memadamkan kebakaran sebuah kereta di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dipetik berkata, pergaduhan dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.

Tiada ulasan: