"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Heboh Pas gaduh di Sungai Bakap pasal ‘calon ISO’, pusat khidmat pun rupanya dah tutup

Harapandaily

Heboh dakwaan kononnya Pas bergaduh sesama sendiri ketika parti itu bergelut untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sungai Bakap, pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 6 Julai depan.
Selain boikot daripada Bersatu, difahamkan sesama Pas juga wujud tindakan sama lantaran tidak puas hati dengan ‘calon ISO’.

Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) yang diuar-uarkan Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memiliki ISO 14001 tahun 2015 itu juga dianggap ‘calon wahyu’.

Boikot Pas terhadap calon daripada parti mereka sendiri itu hangat diperkatakan di media sosial apabila dikatakan pusat khidmat yang menjadi bilik Gerakan sempena PRK Sungai Bakap ditutup sejak hari penamaan calon.

Malah, seorang pengguna platform X, @ameliazainabila berkongsikan keadaan pusat khidmat tersebut.

Katanya, memang bangunan yang sepatutnya paling sibuk menghampiri PRK ketika ini betul-betul tutup.

“Semalam ada dengar pasal Pas gaduh ni. Dan tadi ahli keluarga saya lalu dan tangkapkan gambar.

“Rupanya Pusat Khidmat betul-betul tutup!” katanya menerusi akaun X hari ini.

Tiada ulasan: