"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ajaran sesat puja mayat

KOSMO!

BANGKOK –  Polis menemui 12 mayat yang digunakan oleh seorang ketua ajaran sesat  dalam ritual dan program latihan pengikutnya selepas melakukan serbuan di Kamphaeng Phet, Thailand, lapor portal berita Thaiger.

Laman Facebook Kamphaeng Phet, Complain Here sebelum ini menggesa jabatan kerajaan berkaitan untuk menyiasat sebuah kumpulan pemujaan aneh di daerah Khanu Woralaksaburi,  Kamphaeng Phet.

Pengikut-pengikut kumpulan itu diminta bermeditasi di hadapan mayat. Mereka mendakwa bahawa amalan tersebut dapat mengurangkan ketakutan, membawa ketenangan, kekuatan mental serta kesaktian.

Polis kemudian menyerbu bangunan kumpulan itu dan menemui 12 mayat, Selasa lalu.

Beberapa mayat ditemui dikebumikan di tanah perkuburan, manakala yang lain disimpan dalam keranda di hartanah tersebut. 
5g Final5g Final

Ahli-ahli kumpulan ajaran sesat  itu menegaskan bahawa semua mayat diperoleh secara sah dengan persetujuan individu terbabit sebelum kematian dan waris mereka.

Polis melaporkan, mayat-mayat tersebut diawet dengan garam dan batang pisang bagi memperlahankan proses penguraian. 

Kesemua mayat itu dipindahkan ke Pejabat Sains Forensik Polis untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan setelah identiti disahkan, ia akan dikembalikan kepada waris  masing-masing untuk upacara pengebumian.

Walaupun terdapat dokumentasi, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan kesahihan pengambilalihan mayat itu. – AGENSI

Tiada ulasan: