KOSMO
TAIPEI – Seorang wanita berumur 23 tahun berdepan detik cemas apabila dia bersalin secara tiba-tiba ketika menggunakan tandas, lapor saluran berita Must Share News kelmarin.
Kejadian berlaku di Chongqing 2nd Street, Chiayi, Taiwan pada 20 November lalu.
Situasi itu terbongkar apabila ibu kepada wanita terbabit yang dikenali sebagai Lin, mendengar anak perempuannya menjerit di dalam bilik air.
“Apabila sampai ke tandas, saya terkejut melihat anak saya melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas.
“Saya segera mengangkat, memanggil dan menepuk bayi tersebut tetapi malangnya dia tidak menangis atau mengeluarkan sebarang bunyi,” tambah Lin.
Cawangan Pertama Jabatan Polis Bandar Chiayi berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Bayi itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
“Wanita itu juga tidak mengetahui bahawa dia sedang hamil,” tambahnya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan