"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hairan mengapa PAS beriya-iya mengikuti kes titah adendum

PAS mahu gambarkan Umno tak kuat berjuang sendirian, kata penganalisis

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Penganalisis percaya tindakan PAS berhimpun semalam cubaan menggambarkan Umno tiada kekuatan untuk membela nasib bekas presidennya, Najib Razak.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, menyifatkan kesungguhan PAS dalam isu berkait titah adendum itu sesuatu yang menghairankan.

“Hairannya mengapa PAS beriya-iya mahu melihat Najib dan mengikuti kes titah adendum,” katanya kepada FMT.

Himpunan di Istana Kehakiman semalam menyaksikan kehadiran pemimpin besar PAS seperti setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, dan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar.

Peserta dilihat membawa sepanduk ‘BebasNajib’, dan melaungkan ‘Hidup Bossku’ ketika konvoi penjara yang membawa bekas perdana menteri itu tiba.

“PAS cuba menggunakan isu ini untuk meraih manfaat politik demi menggambarkan Umno tak cukup kuat berjuang untuk Najib… tak cukup kuat untuk menangkis serangan Pakatan Harapan,” kata Azmi.

PAS berhimpun meskipun Umno sebelum itu mengumumkan ia tidak meneruskan rancangan sama atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mematuhi gesaan polis.

PAS mendakwa himpunan untuk Najib tidak menyanggah mahupun mengurangi makna dan tujuan titah tersebut, mahupun mana-mana peruntukan Perlembagaan atau mengganggu proses dan perjalanan Lembaga Pengampunan.

Pemimpin Umno tersepit

Sementara itu, Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata segelintir pemimpin Umno yang hadir dalam himpunan semalam tersepit antara arahan parti dan perjuangan bersama Najib.

“Umno sudah beri amaran supaya tidak bersama dalam himpunan ini tetapi ada yang turun atas kapasiti individu. Mereka tersepit antara setia kepada Umno dan perjuangan agenda Melayu yang turut dilaungkan PAS dan Bersatu,” katanya.

Antara pemimpin Umno yang hadir adalah Ketua Pemuda Akmal Saleh, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Sharkar Shamsudin dan Zahida Zarik Khan.

Turut kelihatan anak Presiden Zahid Hamidi, Nurulhidayah.

Syaza tidak menolak PAS dan sekutunya, Bersatu, yang memusuhi Umno menunggang isu titah adendum Najib bagi meraih sokongan orang Melayu.

“Mereka uar-uarkan mengenai keadilan sistem kehakiman. Hakikatnya kes Najib memang sedang melalui proses kehakiman, jadi mereka gunakan apa saja peluang yang ada untuk berada di depan.”

Tiada ulasan: