"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

17 cedera diamuk gajah

KOSMO
Tangkap layar menunjukkan seekor gajah yang mengamuk sebelum merempuh orang ramai di sebuah kuil di India. - NDTV
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 orang cedera selepas dirempuh seekor gajah yang mengamuk di sebuah festival keagamaan di India, lapor stesen penyiaran NDTV  semalam.

Ketika kejadian, beribu-ribu pengunjung berkumpul di sebuah kuil untuk melihat perarakan keagamaan di daerah Malappuram, negeri Kerala.

Kejadian berlaku apabila seekor daripada lima gajah yang terlibat dalam acara itu naik minyak dan merempuh orang ramai.

Gajah bernama Pakkathu Sreekuttan itu mengangkat seorang lelaki dengan belalainya dan membaling mangsa ke udara.

“Mangsa mengalami cedera parah dan segera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Ramai peserta cuba melarikan diri ke tempat lebih selamat,” kata pihak berkuasa.

Gajah tersebut berjaya dikawal dua jam kemudian dengan bantuan penduduk tempatan. – AGENSI

Tiada ulasan: