Harapandaily
Seorang lelaki mendakwa Datuk Seri Najib Razak mendapat layanan ‘istimewa’ di dalam Penjara Kajang berbanding banduan lain yang berada di sana.
Lelaki yang tidak didedahkan nama dan tempat tinggal itu berkata, selain tidak berkongsi sel dengan banduan lain, bekas perdana menteri itu juga mempunyai kemudahan seperti komputer di dalamnya.
Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok Hin Othman ketika bertemu lelaki berkenaan yang merupakan kawan lamanya .
Lelaki itu dikatakan baru sahaja keluar dari penjara selepas menjalani hukuman empat bulan di Penjara Kajang.
“Penjara Najib lain, dia istimewa. Bossku kita panggil. Kalau nampak dia lalu, ramai-ramai panggil Bossku. Tempat tinggal dia pun lain dari kita orang.
“(Najib duduk) sel sendiri. Dalam tu pun tak macam kita orang. Kita orang sel biasa.
“Macam Najib ni sel dia ada basikal senam. Ada komputer. Lagi special dia boleh keluar masuk. Selalu kalau kita pergi jumpa RO, kita nampak Najib keluar masuk mungkin pergi mahkamah,” kongsinya.
Namun kata lelaki itu ia bukan perkara yang pelik kerana Najib adalah orang kenamaan.
Lelaki itu berkata, di dalam penjara dia turut bertemu dengan pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman.
Katanya, hampir setiap hari PU Azman menyampaikan tazkirah yang digambarkan seakan-akan berada di dalam studio.
Di sana juga katanya ada banduan yang perlu menjalani hukuman selama 400 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan