"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Addendum: Pas berbohong dan terus berbohong

Harapandaily

Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil mendakwa Pas berbohong dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan addendum.

“Hujah pihak kerajaan adalah addendum tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan oleh itu, ianya tidak wujud.

“Oleh itu, dakwaan PAS bahawa PM YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan addendum adalah satu pembohongan PAS,” kata Faiz dalam satu kenyataan.

Faiz juga membuka tembelang presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan kuasa pengampunan Lembaga Pengampunan di atas nama Islam.

“Pengampunan seseorang pesalah jenayah adalah di bawah kuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Maka, kuasa pengampunan ini adalah suatu kuasa sah dan oleh itu hukuman terhadap Najib Razak yang dikurangkan tidak dipertikaikan.

“Namun, Presiden PAS pada tahun 2023 pernah mempertikaikan kuasa pengampunan Lembaga Pengampunan bahawa ianya tidak selari dengan Islam.

“Kini, dalam isu pengampunan terhadap Najib Razak, dalil haram itu tidak lagi terpakai. Fatwa PAS berubah mengikut nafsu politik mereka.

“Maka, PAS berbohong lagi, tetapi lebih teruk berbohong atas nama agama.”

Isu titah addendum menjadi mainan politik Pas sejak ia menganjurkan himpunan solidariti untuk mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan: