"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun PKR lapor polis terhadap pentadbir Facebook Najib

Ili Aqilah

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol membuat laporan polis terhadap Eric See-To, pentadbir media sosial bekas perdana menteri, Najib Razak.

Laporan itu susulan catatan Facebook Najib, serta artikel berkaitan yang diterbitkan di Malaysiakini, kedua-duanya bertarikh 7 Jan.

“Hantaran Facebook yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi—yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan—dalam kes SRC International, dan mengkritik hakim perbicaraan, jelas merupakan tindakan menghina mahkamah,” kata Fahmi kepada pemberita.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Tiada ulasan: