KOSMO!
MAYAT Sabrina ditemui di dalam tandas di Restoran Bufet Gurkha, Blackpool. - Foto Google Street View
LONDON – Mayat seorang wanita ditemukan di dalam tandas orang kelainan upaya (OKU) sebuah restoran di Britain, tiga hari selepas mangsa pergi ke premis tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.
Mayat Sabrina Marlynn Lyttle, 47, ditemui di Restoran Bufet Gurkha, Blackpool.
Anak perempuannya, Jade Casey berkata, pihak restoran menerima aduan daripada pelanggan bahawa mereka tidak boleh masuk ke dalam tandas, namun ia dianggap berkaitan masalah kunci.
“Pihak restoran kemudian membuka tandas OKU dan menemui mayat ibu.
“Saya berasa marah kerana mayatnya sepatutnya boleh ditemukan lebih awal.
“Kami belum tahu punca kematian tetapi percaya bahawa dia mungkin bergelut dan memerlukan bantuan. Dia sepatutnya boleh diselamatkan,” katanya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan