"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga warga Indonesia bantu siasatan penemuan mayat wanita, bayi

Bernama

KULAI: Polis menahan tiga warga Indonesia bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat seorang wanita warga asing bersama bayi lelaki di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kulai Tan Seng Lee berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 42 hingga 53 tahun itu di daerah ini dan Johor Bahru kira-kira 2.30 hingga 4.30 petang, semalam.

Beliau berkata turut dirampas ialah empat telefon bimbit, sebuah kereta jenis Proton, tilam dan tikar.

“Kesemuanya kini direman hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu siasatan kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga asing ditemukan terbaring di tepi jalan bersama-sama seorang bayi lelaki dengan keadaan bertali pusat, sebelum kematian kedua-duanya disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luar ditemukan pada kedua-duanya selain satu organ dipercayai uri ditemukan berhampiran lokasi mayat dijumpai dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk bedah siasat.

Tiada ulasan: