"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tujuan Pas anjur himpunan Adendum Najib terbongkar bila Supol MB Kedah bersuara Harapandaily January 7, 2025 Oleh NORMAN RADZUAN Kecoh seketika dan percayalah seminggu dua ini sepilah cerita kisah adendum Najib Razak. Sebabnya mereka di luar sana tidak faham proses atau perundangan mahkamah. Kedua, Pas hanya ingin menunggang cerita Najib ini dan bukan ikhlas. Sesetengah orang Melayu di luar sana ingat 2-1 itu macam main bola sepak. Mereka tidak faham isu, sudah berkali-kali kerajaan menafikan menyembunyikan adendum tersebut tetapi surat kononnya dari Istana itu juga perlukan pengesahan dari mahkamah dari sudut perundangan. Sebab itulah Mahkamah Rayuan kembalikan semula kepada Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan dan keabsahan Titah Adendum tersebut. Cukup setakat itu kerana tidak mahu mengulang fakta perundangan yang telah saya tulis semalam. Beberapa hari sebelum ‘HIMPUNAN DERHAKA’ ini saya telah menulis bahawa tujuan Pas bukanlah untuk membela Najib.

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Kecoh seketika dan percayalah seminggu dua ini sepilah cerita kisah adendum Najib Razak. Sebabnya mereka di luar sana tidak faham proses atau perundangan mahkamah. Kedua, Pas hanya ingin menunggang cerita Najib ini dan bukan ikhlas.

Sesetengah orang Melayu di luar sana ingat 2-1 itu macam main bola sepak. Mereka tidak faham isu, sudah berkali-kali kerajaan menafikan menyembunyikan adendum tersebut tetapi surat kononnya dari Istana itu juga perlukan pengesahan dari mahkamah dari sudut perundangan.

Sebab itulah Mahkamah Rayuan kembalikan semula kepada Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan dan keabsahan Titah Adendum tersebut.

Cukup setakat itu kerana tidak mahu mengulang fakta perundangan yang telah saya tulis semalam.

Beberapa hari sebelum ‘HIMPUNAN DERHAKA’ ini saya telah menulis bahawa tujuan Pas bukanlah untuk membela Najib.

mahu menunggang kes Najib dengan tujuan mahu memecah belahkan UMNO sekaligus Kerajaan Madani.

Bukan jadi rahsia apabila Pas berlebih-lebihan dalam kes Najib sedangkan parti Najib sendiri tidak melakukannya.

Bila setpol MB Kedah, Zulkifli Yahaya, Mohd Syukri menulis di ruang komen FB, “Kamu ni buta politik, itulah strategi nak pecah-belah Umno, juga pecah-belah BNPH,” ia sekaligus membuktikan dakwaan sebelum ini.

Tujuan Pas hanya untuk perpecahan bukannya untuk Najib. Ibarat tunggang atas tunggang. Pas tunggang Najib, penyokong Najib tunggang Pas.

Pas tahu harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan ini menerusi UMNO bukan Bersatu tetapi Zahid menolak dan mereka tiada pilihan lain.

Mereka cuba pujuk Zahid untuk khianat dengan menjanjikan jawatan PM tetapi tetap ditolak Zahid kerana dirinya bukan seperti Pas yang suka mengkhianati rakan parti.

Harapan yang tinggal pada Pas ialah pecahkan UMNO. Biar UMNO hancur dan mereka menjadi kuat dan akan mengetuai pula kerajaan.

Yang rosak UMNO, yang kuat Pas dan jika UMNO tidak berhati-hati mereka akan dimakan oleh Pas yang kini mendominasi undi Melayu.

Nampak jahat tak Pas? Mereka boleh menghalalkan cara asal niat berkuasa tercapai.

Kadang-kadang tidak terfikir di akal bagaimana sebuah parti yang kononnya mengaku Islam tetapi berkelakuan begitu buruk dalam berpolitik.

Jika anda seorang Muslim yang baik, Muslim yang tidak menjadi pentaksub, Muslim yang tidak rasis, Muslim yang berakal… pendek kata Muslim yang sebenar pasti anda dapat melihat betapa hipokrit atau jahatnya Pas.

Kenapa saya berkata demikian? Selama dua tahun ini Pas memainkan naratif PMX pilih perasuah Zahid yang mempunyai 47 kes mahkamah yang masih belum didapati bersalah.

Tetapi hari ini Pas sendiri membela Najib seorang banduan yang didapati bersalah oleh mahkamah. Pas lupa kes 1MDB ini telah membuat negara kehilangan berpuluh bilion wang rakyat.

Pelik Pas menghina Zahid yang kesnya sedang berjalan (belum didapati bersalah) tetapi membela Najib yg sudah menjadi banduan (didapati bersalah). Samalah sebelum ini Pas membela pemimpinnya yang didapati memfitnah.

Sebab itu saya katakan jika seorang Muslim yang baik dan mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya mustahil tidak dapat melihat ‘kesesatan’ dalam perjuangan parti politik Pas.
Adakah kerajaan berbohong?

Jawpannya tidak sebab di dalam Adendum tersebut yang ditandatangani Dr Zaliha, DAN BAHAWASANYA adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, Beta, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustalin Billah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, pada menjalankan kuasa yang terletakhak pada Beta oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu ADALAH DENGAN INI MEMERINTAHKAN bahawa DATO’ SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50,000,000.00.

Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi DATO’ SRI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

Kerajaan sembunyikan Adendum?

“PADA MENYAKSIKAN YANG TERSEBUT DI ATAS Beta telah menurunkan tandatangan dan cop Mohor Beta pada 29 JAN 2024
DENGAN TITAH PERINTAH BAGINDA.”

Surat di atas itu telah membuktikan tiada dlm addendum tersebut utk tahanan di rumah.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 
Sebab itu dalam sidang akhbar semalam Menteri KDN jelaskan, “Dalam penghujahan di mahkamah, Tan Sri Shafee mendakwa bahawa KDN tidak melaksanakan keputusan berkaitan tahanan rumah.

“Namun, berdasarkan dokumen rasmi yang diterima oleh KDN, tidak ada arahan mengenai tahanan rumah.

“Apa yang kami terima hanyalah arahan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan dan denda.

“Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah dokumen rahsia besar, tetapi saya boleh mengesahkan bahawa ia tidak mengandungi apa-apa tentang tahanan rumah.”

“Surat tersebut tidak menyebut apa-apa mengenai tahanan rumah. Oleh itu, Jabatan Penjara hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam perintah tersebut. Adalah penting untuk menjelaskan bahawa KDN dan Jabatan Penjara tidak menyembunyikan sebarang keputusan Lembaga Pengampunan atau gagal mematuhinya. Kami hanya melaksanakan perintah yang sahih dan rasmi, seperti yang diterima.”

BACA JUGA Kiasan ayam betina, biawak: Apa kata Ketua Pemuda UMNO kepada MP Pas?

Tiada ulasan: