"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jaga Nepal liwat kucing didenda RM40,000

MOHD YUNUS YAKKUB
Arman ketika dibawa selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!
SHAH ALAM – Perbuatan tidak bermoral bekas pengawal keselamatan warga Nepal yang sebelum ini disiasat meliwat kucing menerima padah apabila didenda RM40, 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Arman Shah, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mendera seekor kucing secara kejam.

Mahkamah turut memerintahkan penjara 15 bulan kepada tertuduh sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Arman yang masih bujang itu dituduh dengan kejam mendera seekor kucing di tingkat empat sebuah blok pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 pada pukul 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, seorang wanita yang baharu tiba di kawasan parkir dan berada dalam kereta telah melihat tertuduh memegang seekor kucing dan telah membuka seluar sebelum memasukkan kemaluan dalam tubuh kucing itu.

Pengadu telah meminta suaminya menegur perbuatan tertuduh. Ketika sampai di atas, suami pengadu telah lihat tertuduh bogel dan kemaluan berada di tubuh kucing itu.

Selepas ditegur, tertuduh memakai semula seluar dan mencampak kan kucing jatuh ke bawah lalu masuk ke rumah sewanya.

Pengadu sempat merakam video berdurasi 48 saat yang memaparkan tertuduh memegang kucing dan mencampakkan haiwan itu.

Siasatan tempat kejadian mendapati kucing itu telah tiada dipercayai masih hidup dan telah beredar dari kawasan itu.

Hasil pemeriksaan terhadap pakaian tertuduh yang dirampas mendapati ada bulu kucing.

Arman yang tidak diwakili peguam merayu denda dikurangkan susulan mahu pulang ke Nepal kerana ibunya sakit.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal menegaskan kelakuan tertuduh adalah keterlaluan, kejam dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.

“Kes ini telah mendapat perhatian umum sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran orang awam.

“Mohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh malah orang orang awam,” jelasnya.

Arman kini juga sedang menjalani penjara empat bulan atas kesalahan berpakaian separuh bogel dan memasuki negara tanpa dokumen sah.

Kosmo! pada 16 November lalu melaporkan bahana mabuk mendorong seorang pengawal keselamatan warga Nepal bertindak luar perikemanusian apabila meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: