KOSMO
Perkahwinan Tarman dan isterinya sebelum ini tular di media sosial. - TikTok
JAKARTA – Seorang datuk berusia 73 tahun diberkas selepas dua bulan berkahwin setelah cek mas kahwin yang diserahkan bernilai 3 bilion rupiah (RM740,000) didapati palsu, lapor laman berita iNews kelmarin.
Lelaki dikenali sebagai Tarman dari Pacitan, wilayah Jawa Timur itu mengahwini gadis berusia 24 tahun, Sheila Arika pada 8 Oktober lalu.
Perkahwinan mereka tular di media sosial bukan sekadar disebabkan jarak usia yang jauh, malah kerana mas kahwin yang diserahkan berjumlah 3 bilion rupiah.
Bagaimanapun, keluarga isterinya kemudian mendedahkan bahawa cek itu adalah palsu dan tidak mempunyai wang yang dinyatakan.
Setelah dua bulan berkahwin, Tarman akhirnya ditangkap dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
“Dengan bahan bukti yang mencukupi daripada pihak polis, anak guam kami kini ditahan dan dinamakan sebagai suspek. Kami menghormati proses undang-undang yang dikuatkuasakan Polis Pacitan,” kata peguam Tarman, Imam Bajuri. – AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan