"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aksi basikal lajak merbahaya yang tular di media sosial, 2 remaja ditahan

Bernama 

Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kedua-dua remaja terbabit ditahan di Bukit Lanchong, Shah Alam, semalam.

Katanya satu laporan polis dibuat pada jam 5.13 petang semalam berkaitan video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan kedua-dua remaja terbabit.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.55 petang 4 Dis lalu ketika kedua-dua remaja berkenaan datang dari arah Persiaran Putra Perdana menghala ke Kampung Tengah.

"Mereka didapati menunggang secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat merah dan hampir merempuh sebuah kereta sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata tindakan melulu tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pengawai penyiasat, Insp Mohd Azizul Hakim Roslan, di talian 011-28914495 bagi membantu siasatan,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: