FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang wanita direman empat hari hingga Khamis ini selepas didakwa mendera pembantu rumahnya di Rawang, semalam.
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata warga tempatan berusia 22 tahun yang mula bekerja dengan suspek sejak September lalu mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan dan melecur di lengan.
“Mangsa juga tidak menerima pembayaran gaji sepanjang bekerja dan kini ditempatkan di rumah perlindungan selepas diselamatkan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana mangsa didera.
Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa ditumbuk di muka, badan dicucuk gunting dan lengan kirinya melecur ditekap pisau panas.
Sumber dilaporkan berkata, rambut mangsa turut digunting majikannya menyebabkan dia keluar mendapatkan bantuan jiran sebelum diselamatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan