Harapandaily
AHMAD MURSI
Trauma rakyat Terengganu belum hilang ketika pelajar Tadika KEMAS dihalau sewaktu Pas mentadbir Terengganu pada tahun 1999.
Kini sejarah berulang. Pas menghalau dan menyita pula ladang FGV dan Felda.
Sama ada tindakan kerajaan Pas itu selari dengan undang-undang, biarlah pihak Terengganu dan FGV berhujah. Itu bukan fokus tulisan ini.
Felda adalah simbol maruah orang Melayu luar bandar – tempat keluarga dibina dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Cara angkuh Pas mengurus isu ini mencalar maruah peneroka Felda, semata-mata mahu menunjukkan Pas ada kuasa dan boleh bertindak.
Isu yang dipertikaikan ini sudah lama berlarutan, tapi Pas pilih jalan pintas dan malas: “Sita aje lah, nak runding apa lagi”. 33 bulan kerajaan tebuk atap pun tak diselesaikan juga.
Inilah gaya sama yang pernah berlaku 25 tahun lalu — halau Tadika KEMAS tanpa runding, tanpa belas, tanpa pertimbangan.
Sitaan dengan notis singkat ini ganggu seluruh ekosistem Felda terlibat: peneroka, pekerja kilang sawit, kontraktor, pemandu lori sawit, pembekal baja, logistik, dan ramai lagi.
Lebih teruk, Pas memilih waktu yang paling sensitif — ketika FGV baru dinyahsenarai dari Bursa dan sedang melalui proses pemulihan.
Tindakan seperti ini menghantar mesej bahawa FGV dan Felda: tidak stabil, tergugat, terancam, dan tidak selamat untuk pelabur dan peneroka.
Ia adalah pengkhianatan kepada warga Felda dan pemegang taruh yang mahu melihat Felda dipulihkan, kerana masa depan FGV memberi kesan langsung kepada kehidupan peneroka.
Cara Pas “menyelesaikan” isu ini bukan sahaja tidak bijaksana, tetapi tidak bertanggungjawab, tidak sensitif, dan angkuh. Biasalah… kan menang 32–0.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan