SPIN! Sanusi sudah MB Kedah waktu itu, ini cubaan untuk cuci tangan
BORHAN AHMAD
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor didakwa berbohong dan memutar belitkan fakta ketika mengulas isu penahanan Ahli Parlimen Padang Serai dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin.
Menurut bekas kakitangan Kedah Agro yang sebelum ini anak syarikat kerajaan negeri Kedah, peristiwa salah laku itu berlaku ketika Sanusi sudah menjadi MB Kedah.
“SPIN!!” kata Zuraini Ab Ghani, bekas kakitangan Kedah Agro Holding Berhad yang dipaksa menerima Skim VSS selepas Kedah Agro bertukar pemiliknya.
“Hang jadi MB Mei 2020, kejadian Jun 2020, Aggrement pun sign July 2020 kan?
“Hang kata tak tau apa-apa, tetapi kejadian sedekah produk kecantikan di Sik tu zaman pentadbiran hantu raya ka?” tulis Zuraini menerusi FB beliau bagi mengulas kenyataan MB Kedah itu.
Seorang penganalisis politik dari Indonesia juga mendakwa Sanusi berbohong apabila mengatakan beliau belum menjadi MB ketika itu.
“Apakah ini satu percubaan untuk cuci tangan,” tanya beliau melalui youtube
ORAITNOPO Channel.
Menurut rekod, Sanusi mengangkat sumpah sebagai MB Kedah buat kali pertama pada 17 Mei 2020.
Sanusi dalam satu video klip berkata, beliau tidak tahu apa-apa dalam kes penahanan MP dari Padang Serai itu kerana ia berlaku semasa kerajaan sebelum ini.
“Saya bukan MB waktu itu.
“Saya tak tahu, (kejadian) itu zaman sebelum saya jadi Menteri Besar… sebelum tahun 2020. Saya tak tahu kejadian dan peristiwa itu, saya pun tak pasti dan tengok surat khabar sahaja,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Kedah Digital Blueprint 2025-2050 di Wisma Darul Aman di sini, 9 Disember semalam.
Azman dan ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar didakwa atas pertuduhan rasuah berhubung projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro.
Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan Amar Assuat untuk menerima RM400,000 daripada seorang individu sebagai dorongan mendapatkan projek ternakan lembu itu daripada Kedah Agro Holding Berhad pada 23 Jun 2020 di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Menurut Zuraini, Azman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Man itu menjadi Pengerusi Kedah Agro sehingga penghujung 2024.
“Kan ke Cikgu Man jadi Pengerusi Kedah Agro sampai hujung 2024?” kata beliau dalam facebook beliau itu menyanggah kenyataan Sanusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan