MOHD. FAHMI ISMAIL

Sekeping gambar yang tular di media sosial dipercayai membabitkan kematian seorang lelaki Pakistan. Foto MEDIA SOSIAL
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas terkena serpihan cermin yang pecah dalam kejadian di Wisma Genting, Off Jalan Genting Kelang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.44 petang.
Katanya, ketika kejadian mangsa warga Pakistan dikatakan membuang cermin tingkap sebuah pejabat ke dalam tong sampah di bawah bangunan sebelum objek itu pecah dan terkena lengannya sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat lelaki asing itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan