"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes pelajar universiti pijak Quran sedang disiasat

‘Polis sedang siasat’ - Zambry minta semua pihak bertenang kes pijak Quran
Alyaa Alhadjri

Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir menggesa semua pihak agar bertenang susulan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) didakwa memijak al-Quran.

Zahid berkata pihak berkuasa telah mengambil tindakan dan insiden itu kini dalam siasatan.

“Sepertimana yang kita sedia maklum akan laporan yang keluar dalam berita hari ini berkaitan kes di UMPSA, saya ingin menyeru semua pihak supaya bertenang dalam menanggapi isu ini. Polis telah pun mengambil tindakan pantas dan ia sedang dikendalikan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.

Insiden itu tular selepas suspek membuat hantaran di Threads semalam, dan akaun yang sama kemudian membuat permohonan maaf atas perkara itu.

Kata Zambry, tindakan tidak beradab seumpama itu perlu ditangani segera, selain memastikan ia tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang ingin mengeruhkan keadaan.

“Kementerian dan kerajaan tidak akan mengambil mudah perkara seperti ini, kerana perbuatan seperti ini akan menimbulkan keadaan yang tidak baik dalam masyarakat kita.

“Ia akan menimbulkan lagi rasa kebencian antara satu sama lain. Jadi, bagi mengelakkan hal yang sebegini, langkah segera perlu diambil bagi mengatasinya,” katanya lagi.

Zambry berkata pihak universiti telah segera membuat laporan polis selepas insiden itu diketahui.

Ditanya jika pelajar terbabit telah digantung pengajiannya, Zambry berkata kementerian akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kita akan dapatkan laporan daripada polis terlebih dahulu (untuk memastikan) apakah perkara yang dilakukan sebenarnya. Sebab maklumat (berkenaan insiden itu setakat ini) daripada media sosial,” katanya.

Pagi tadi, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman mengesahkan suspek telah ditahan di Kuantan.

Dicekup awal pagi

Sementara itu, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilapor ditahan polis hari ini untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.

Selain memijak al-Quran, individu itu turut didakwa memuat naik gambar dan komen yang menghina Nabi Muhammad.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar untuk menghantar komunikasi yang bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.

Tiada ulasan: