KOSMO

Tangkap layar video menunjukkan seekor babi hutan berlari di ruang solat. - TikTok
JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Indonesia terkejut apabila seekor babi hutan ‘menceroboh’ masuk ke dalam masjid, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku pada Isnin lalu.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di platform TikTok oleh akaun @desrilla_ menunjukkan haiwan itu berkeliaran di luar masjid sebelum berlari di ruang solat.
Beberapa jemaah serta warga setempat kelihatan panik dan cuba melarikan diri.
Pemilik akaun berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku, manakala babi hutan itu berjaya dihalau.
Rakaman itu mencatatkan lebih 346,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kena tukar semua permaidani,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan