KOSMO

Tangkap layar video menunjukkan berjuta-juta ikan termasuk bangkai berselerakan di Sungai Silugonggo yang mengering. - TikTok
JAKARTA – Berjuta-juta ikan bandaraya ditemui terdampar dan mati selepas sebatang sungai di Pati, wilayah Jawa Tengah kering akibat kemarau yang melanda kawasan itu, lapor laman berita INews.
Kejadian berlaku di Sungai Silugonggo Desa Bungasrejo, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rpikiranrakyat menunjukkan berjuta-juta bangkai ikan berselerakan di dasar sungai yang kontang, manakala ikan yang masih hidup dilihat melompat-lompat.
Difahamkan, aliran sungai berkenaan terhenti sejak seminggu yang lalu kerana cuaca panas.
Penduduk tempatan mengambil kesempatan dengan mengutip ikan yang sudah mati untuk dijadikan tepung ikan sebelum dijual pada harga 2,500 rupiah (RM0.57) sekilogram.
Warga setempat turut menggesa pihak berkuasa untuk menyalurkan air bersih dari empangan berdekatan serta memulihkan semula Sungai Silugonggo. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan