"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunuh Zaharif: DSP Mohd. Nazri dipenjara tujuh tahun enam bulan

KOSMO!
MOHD. Nazri dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini selepas selesai prosiding kes menyebabkan kematian tanpa niat yang dihadapinya pada tiga tahun lalu.
IPOH – Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati apabila pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie yang dihadapinya sebelum ini, dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mohd. Nazri, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh terhadap pertuduhan pindaan di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 15 Disember 2023.

Terdahulu, Datuk Bhupindar Singh meminda pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dipinda kepada Seksyen 304(b) kanun sama.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati wujud kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesalahan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Pada 18 Disember 2023, Mohd. Nazri, 47, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif, 17, dengan mengetahui perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah berhampiran SMK Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: