Mohd Ishak Abdillah Ngah
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar di daerah ini.
Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 pagi tadi, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa kira-kira jam 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan dibuat selepas ibu mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan anak perempuannya ditemukan dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di kawasan pasar berkenaan.
Menurutnya, mangsa kemudian memberitahu ibunya bahawa dia dirogol lelaki terbabit yang juga teman lelakinya.
“Suspek yang juga pelajar sekolah sudah ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azli berkata, suspek dan mangsa merupakan pelajar sekolah yang sama.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan