"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gus Miftah kena kecam lagi kali ini melakukan'body shaming'

Sinar Harian

Gus Miftah dengan selamba menyebut fizikal Yati Pesek sebagai 'kejelekan'. Foto Agensi

MIFTAH Maulana atau Gus Miftah terus menjadi sasaran kecaman orang ramai menerusi video lama yang sekali lagi mendedahkan 'keceluparannya' pada hari sama beliau melepaskan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Menerusi klip tersebut, Gus Miftah secara terang-terangan bergurau agak kasar apabila merendahkan pelawak senior, Yati Pesek dengan memberikan komen kecam badan (body shaming) terhadapnya di hadapan khalayak umum.

Beliau dengan selamba menyebut fizikal Yati Pesek sebagai 'kejelekan'.

Video itu yang dimuat naik tahun lalu telah dikongsikan secara meluas oleh warganet sejak Jumaat.

Seniman berusia 72 tahun itu dalam satu kenyataan memberitahu beliau berasa sakit hati dengan kata-kata Gus Miftah, namun tidak mampu membalas apa-apa.

"Ya, saya cuma berdiam sahaja. Saya ni menjadi orang seni sejak dari muda... tergamak dia berkata begitu kepada saya," katanya menerusi kenyataan dimuat naik aktor, Erick Estrada di akaun Instagram miliknya.

Susulan pendedahan terbaharu itu, netizen kembali 'menyerang' pendakwah itu malah hashtag #GusMiftah turut menjadi trending.

Kebanyakan pengguna media sosial menuntut penjelasan dan permohonan maaf Gus Miftah atas keterlanjuran kata-katanya yang jelas tidak mencerminkan nilai toleransi dan menghormati orang lain.

"Sepatutnya, seorang tokoh agama memberikan contoh yang baik bukan bergurau secara berlebih-lebihan dengan merendahkan orang lain," menurut salah satu komentar.

Kecaman berterusan yang diterimanya menyebabkan pemilik nama sebenar Miftah Maulana Habiburrahman itu mengemukakan permohonan maaf, namun tetap angkuh apabila menyatakan enggan mengubah gaya dakwah beliau.

Tetapi, pemimpin Pesantren Ora Aji itu berjanji akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

"Semua orang mempunyai karakter masing-masing dan saya akan tetap pertahankan karakter saya," ujarnya.

Ketika disoal tentang video bersama Yati Pesek yang menjadi tular, Gus Miftah menyatakan beliau tidak dapat berbuat apa-apa.

"Klip lama diungkit kembali. Insya-Allah hubungan saya dengannya tidak terkesan dan pihak saya sudah pun menghubunginya," jelasnya lagi. - Sinar Harian memetik agensi

Mayat misteri dalam parit

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Mayat lelaki tempatan ditemui terbaring di dalam parit di Pandan Mewah di sini, dengan kesan luka di bahagian muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penemuan mayat itu dilaporkan orang awam kira-kira jam 11.55 pagi semalam.

"Siasatan mendapati mayat terbabit adalah seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun. Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di parit berkenaan.

"Hasil pemeriksaan dijalankan oleh Unit Forensik POlis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka dan kepala mangsa," katanya tadi. 

Menurutnya, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi proses bedah siasat.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR)," katanya.

Seks luar tabii dengan suami majikan, pemandu peribadi direman

Reza A Hamid
photo_6237506113092305378_y
Pemandu peribadi direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan atas kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang penjawat awam yang juga suami majikannya Ogos lalu.
MELAKA – Seorang pemandu peribadi direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan kes melakukan seks luar tabii dengan seorang penjawat awam yang juga suami majikannya Ogos lalu.

Perintah reman sehingga Isnin ini terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Difahamkan suspek yang masih bujang melakukan perbuatan jijik itu terhadap suami majikannya berusia 47 tahun yang merupakan penjawat awam di rumahnya di Jasin, awal Ogos lalu.

Perbuatan itu terbongkar apabila polis menjumpai rakaman hubungan seks luar tabii itu dalam telefon bimbit penjawat awam terbabit sedang diperlakukan demikian oleh suspek.

Susulan itu, suspek ditahan pasukan Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di rumahnya petang semalam. – MalaysiaGazette