"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mengaitkan beliau dengan beberapa dakwaan serius, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Fadzil berkata, ia termasuk tuduhan kononnya Anwar bertindak sebagai ejen Israel.

“Anwar tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kritikan awam terhadapnya seperti memakai capal (ketika secara rasmi memasuki Pejabat Perdana Menteri).

“Tapi we draw the line (ada had) terhadap elemen-elemen fitnah seperti tuduhan Anwar ejen Israel dan sebagainya… beliau (perdana menteri) telah meminta polis ambil tindakan,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Majlis Presiden PH juga tidak membincangkan mengenai pembentukan Jemaah Menteri namun fokus kepada beberapa isu rakyat termasuk risiko banjir di negara ini susulan musim Timur Laut yang melanda negara.

Selain itu katanya, isu berkaitan kos sara hidup dan kemungkinan berlakunya bencana menjadi antara agenda perbincangan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya percaya pembentukan Jemaah Menteri ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Tiada ulasan: