"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar terima ucapan tahniah dari Kesatuan Ulama Sedunia

 Malaysiakini

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia selepas diangkat sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

Perkara itu dimaklumkan anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Omar Nik Aziz dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Nik Omar turut memuat naik surat yang dihantar Kesatuan Ulama Sedunia kepada Anwar.

"Ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia sempena pelantikan Anwar sebagai perdana menteri Malaysia ke-10," tulisnya di Facebook.

Pada 24 Nov lalu, Anwar yang juga presiden PKR diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tiada ulasan: