"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar mahu pentadbirannya elak pembaziran

Shahrul Shahabudin

KAJANG: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya.

Anwar yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, berkata langkah itu adalah budaya baharu yang ingin dibawanya.

“Ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu.

“Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita,” katanya.

Anwar berkata, setiap wang kerajaan akan digunakan sebaiknya bagi mengelakkan pembaziran yang sering berlaku pada pentadbiran sebelum ini.

“Fikirkan yang boleh jimat RM100, RM1,000, RM10,000…itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah.

“Saya mulakan dari situ selain daripada tak ambil gaji tetapi apa yang penting jangan bazir,” katanya.

Anwar sebelum ini mengumumkan beliau menolak gaji perdana menteri dan hanya akan menerima elaun Ahli Parlimen.

Tiada ulasan: