"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kami tidak berganjak dari Padang Serai, PH beritahu BN

Predeep Nambiar

Sofee Razak (baju kotak) ketika kempen Pakatan Harapan di Sungai Seluang, Kulim.

KULIM: Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada pertembungan di Padang Serai, kata calonnya, Sofee Razak.

Sofee berkata, PKR menganggap Padang Serai sebagai salah satu kerusi tradisinya dan telah menyandang selama 14 tahun. Kali pertama mereka menang kerusi itu pada 2008.

Beliau membalas kenyataan calon Barisan Nasional, C Sivaraj, yang memintanya menarik diri daripada pertembungan itu.

Sivaraj berkata, beliau telah bekerja di lapangan sejak tiga tahun lalu, sambil menambah Sofee yang mula-mula meminta BN berundur.

BN dan PH adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di Putrajaya.

“Saya menghormati pendapatnya,” kata Sofee, seorang peguam, kepada pemberita. Katanya, walaupun berkawan, PH akan terus bertanding di kerusi itu atas semangat demokrasi.

Sofee menjadi tumpuan sehari sebelum penamaan calon pada 24 Nov lalu selepas pemimpin akar umbi PKR memboikot pencalonannya kerana beliau orang luar. Beliau akhirnya dicalonkan walaupun mendapat bantahan.

Dalam pada itu, Sofee meminta lawannya daripada Perikatan Nasional, Azman Nasruddin, memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menyifatkan kerajaan perpaduan sebagai “kerajaan zina”.

Azman menyamakan kerajaan ini seperti perkahwinan yang tidak mendapat persetujuan rakyat.

Tiada ulasan: