"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 cedera, kereta terjunam dalam pusat beli-belah

FMT Reporters

Keadaan Toyota Vios yang terjunam dari tingkat tiga ke tingkat dua Kompleks Asia City di Kota Kinabalu hari ini. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan wanita cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka disyaki terbabas dan terjunam dalam sebuah pusat beli-belah di Sabah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu kira-kira 10.30 pagi tadi.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, menurut laporan, sebuah Toyota Vios terbabas di tingkat tiga tempat parkir sebelum melanggar tembok dan terjunam ke tingkat dua pusat beli-belah itu.

“Terdapat dua mangsa dan mereka keluar sendiri dari kereta serta mengalami cedera ringan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.56 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba segera menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain dan memasang sawar-sawar di tempat kejadian.

“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan operasi tamat pada 11.59 pagi.

Tiada ulasan: