"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tetak suami baharu bekas isteri

KOSMO!

Anggota polis mengawal lokasi kejadian pembunuhan seorang lelaki di Kompleks Baloi Center, Batam kelmarin.

JAKARTA – Seorang lelaki dari Batam, wilayah Riau nekad membunuh suami baharu bekas isterinya kerana cemburu melihat kebahagiaan wanita berkenaan, lapor laman berita Detik Sumut semalam.

Menurut polis, suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sebilah parang sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.  

“Pelaku ialah bekas suami kepada isteri mangsa. Mangsa dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Insiden itu berlaku disebabkan perasaan cemburu,” kata seorang pegawai polis, Budi Hartono.

Pembunuhan tersebut berlaku di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam, ketika suspek mendekati mangsa dengan membawa sebilah parang sebelum membunuhnya.

“Suspek secara tiba-tiba datang membawa parang lalu menghayunkan parang ke (arah) mangsa.

“Tetakan tersebut ditepis oleh mangsa menggunakan tangan lalu menyebabkan mangsa terduduk. Suspek kemudian menghayunkan parang dan mengenai leher mangsa lalu dia meninggal dunia,” jelas Budi.

Selepas membunuh mangsa, suspek bertindak keluar dari rumahnya dan melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal miliknya manakala isteri mangsa meminta pertolongan.

“Pelaku melarikan diri dengan membawa parang yang digunakan untuk menetak mangsa. Buat masa ini, anggota polis sedang memburu suspek,” kata Budi. – Agensi

Tiada ulasan: